Pages

Tuesday, 26 March 2013

things to do 26/3

1st thing kena buat sekarang,
lipat baju yang berlonggok atas katil.

2nd thing,
makan jagung yang rebus tadi.

3rd,
update blog.
cari jurnal untuk proposal tesis.
dan jurnal untuk seminar sekali.
dan boleh terus buat endnote libry.

4th,
tengok slide marketing yang azma dah buat untuk presentation esok
study, dan tambah yang mana perlu.

5th,
tido myb? huhuhu

...

...
ada banyak menda dalam kepala yang nk blurt out dalam blog
tapi rasa terlalu banyak, terlalu complicated,
sampai tak tahu nak cerita macam mana.
macam bersimpang siur.
macam berkecamuk.
dan macam tak beremosi.

macam mana nak defragment memori otak ek?

Monday, 18 March 2013

the outing

well well..
dah dua hari baru nak post. haha
biar la. kite nak cerita, kite keluar dengan pakwe kite
hari sabtu lepas.
pergi times square.
penat jalan-jalan.
dan yang penting shopping la kan.
eshh serius boring entry ni.
(tiap2 kali entry pob boring gk)
tp, tp, tp.....
nak cakap yang kite happy!
sebab kite dapat handbag baru,
jenama Polo u'olls.
mesti la dapat less 50% kan
kalau tak mana nak dapat beli. huhuhu
yang penting dapat handbag baru dan warna pink!
padahal bukan minat sgt pon pink.
tp kaler tu menarik, ceria, dan nampak chicks.
eh bukan anak ayam lah.

dan, dan, dan.....
encik abang pun dapat juga.
leather belt Polo dan sling bag Arrows.
which make us even.
teehee.
baru jalan pusing-pusing aras 2,3,4 dah sakit kaki.
keh keh keh.
orang lelaki memang tak boleh ikut perempuan shopping.

lpas tu kami pergi masjid india plak.
lagi sesak nafas beliau! hehe.
cuma tengok baju pengantin je.
satu set outer, corset dan kain baru rm150 taw.
tapi tak beli pun. survey dulu.
lepas tu tengok telekung.
takda yang berkenan.
end up, beli kemeja 3 pasang.
murah kut rm18.90 sehelai.
angkut la 3 kaler. hew hew.

total habes rm200.
tu je kut?

Friday, 15 March 2013

angau

bangun pagi.
on lappy
connect wifi,
buka fb
pastu buka grup hp lelong.
tengok galaxy note II.

balik kelas, buka fb,
tgk grup hp lelong
ushar galaxy note II.

malam sebelum tido,
buka grup hp lelong
menatap harga galaxy note II.

ohhh aku keangauan!

heater cerdik

tadi tengah hari pegi econsave dengan yana.
tujuannya nak beli haeter dan barang makanan sikit
lepas setengah jam lepak dekan rak heater,
kami buat keputusan beli heater multifunction.
heating element invisible.
memang macam periuk kecik yang dalam.
kami buat keputusan makan megi je.
nak masak dalam heater tu.
ya kat kotak heater tu cakap boleh masak megi dalam tu
so aku pon try la.
rebus air dulu. (nak buang bau2 kimia)
pastu aku panaskan minyak,
 dan nmpk mcm pnas sikit aku letak chicken meatball
tetiba heater tu padam.
lampu tak menyala.
risau betul aku. takkan dah rosak! huhu
aku pon baca la manual heater tu.
"tak boleh letak fluid lain selain air"
ahhh sudah!
buang la balik minyak ngn meatball tu.
letak air paip. tekan balik.
dan menyala!
hey ada detector ke heater ni
cerdik betol.
dan aku pon rebus meatball tu, letak telur dua biji
dan letak megi
siap sudah megi telur meatball untuk tengah hari tadi.
hehehehe.

tak patut

ada la seorang sahabat ni.
dia pinjam barang sahabat yang seorang lagi.
sampai satu sem pakai.
boleh dikata buat harta sendiri dah.
memang kalau aku dh mintak balik dah.
memang pantang oang pinjam barang buat harta ni.
tp sahabat yang seorang ni nak jaga hati sahabat ni.
jadi dia tak minta balik pon barang tu.
menunggu sahabat ni pulangkan.
sampai satu hari aku tgk barang tu dh xberapa elok.
tak seelok masa dia amek pinjam keadaannya.
sedih aku.
ntah kenapa aku sedih.
aku cakap kat sahabat yang seorang ni,
kau beli lah yang baru gantikan barang yang kau pinjam tu
dan aku tak tahu dia dengar ke tak cakap aku.
dia patut beli baru tahu.
sahabat yang seorang ni jaga hati dia,
tak tanya pun bila nak pulangkan.
atau minta gantikan baru.
tap sahabat ni perlulah sedar diri.
sahabat yang seorang tu nak jaga hati dia.
tak ke dia pon perlu jaga hati sahabatnya?

ya allah,
semoga aku selalu menjaga hati sahabatku,
dan dihindari dari sikap yang tak disukai orang.

Tuesday, 5 March 2013

hesitation and instinct

hari ni hari last big bad wolf book sale.
mula-mula aku rasa nak pergi.
sebab tak perlu guna duit. baucer buku saja
lepas tu rasa tak nak pergi.
sebab belum jumpa supervisor pasal thesis.
lepas tu rasa nak pergi pula.
buku murah. rm5 saja.
lepas tu rasa tak nak pergi.
sebab nak kena naik tren. takut tak sempat balik.
lepas tu rasa nak pergi.
dengan target beli buku sahaja dan terus balik. duit tiket pun jimat
lepas tu rasa tak nak pergi.
sadiq offer pergi naik kereta yang disewa untuk hntar printer fadhlin pergi repair.
dan semestinya aku kena bayar share jugak. aku pokai.
lepas tu buat keputusan pergi.
lepas aisyah convince duit boleh bayar kemudian.
dan macam senang sikit bawak barang naik kereta kan.

apa yang terjadi,
dengan berbekalkan petrol rm10,
pergi pkns untuk hantar repair printer fadhlin.
lpas tu sadiq drive masuk highway.ikut direction aku.
aku ingat hi-way tu akan tembus ke serdang.
rupanya tu federal highway.jalan straight ke times square!
alamak dah salah jalan.huhu
pastu cari u-turn. alhamdulillah ada. tp...
sadiq masuk balik hi-way yang lalu tadi. hakhak.
sesat.
pastu terus je. nak masuk jalan serdang.yang ada palace of the golden horses tu.
masuk exit bandar tasik selatan. alhamdulillah. masuk dh jalan yg betul.
sekali lagi sesat! sebab salah lorong kat the mines. padahal dah sampai tu.
hahaha.salah aku la bagi direction tak betul. aku tak perasan sign.
sekali lg. cari u-turn. dekat balakong plak tu. hadoi..
pastu sampai gak the mines. park kat bawah.
konon nak cross pi kat MIECC pakai bridge kat F.O.S.
sekali tutup.
misi cari jalan untuk ke sana pulak. kali ni jalan kaki.
macam apa dah. pusing bangunan. macam tak penah datang mines.haha
lastly jumpa jugak la lif dan laluan yang betul.
memang penat.
dengar cerita pon penat. orang bercerita ni pon penat menaip cerita ni.

patot la hesitate ja nak pergi. mungkin itu instinct sixth sense?

Sunday, 3 March 2013

not significant

lama tak online, salah satu sebabnya ialah ultra-lappy aku (rujuk post sebelumnya).
sebab kedua ialah sangat letih attend kursus HACCP.
letih ok!
sbb kena digest dengan cepat apa yang Dr. Maaruf cakap.
dan ada banyak,ulang lagi sekali banyak pembentangan.
banyak Q & A.

intro punya la pnjang.
apa aku nk cakap sebenarnya kt sini...
time presentation tu aku ada cakap jawapan kepada soalan.
tapi aku hanya cakap sendiri. maksudnya tak jawab terus kepada penanya.
sebabnya? ada nisah dan bibi yang lebih significant.
yang jawapan depa lebih bernas. kononnya.
bukan nak kata depa teruk.
tapi aku nak kata aku yang teruk.
sebab aku xberani menyuarakan pendapat aku.
yang ternyata, tu lah jawapannya.
simple ja soalan yang ditanya. jawapan pun simple.
tapi sebab bibi dengan nisah depa bijak, depa nak bagi jawapan yang superpower.
ok. i am not significant.

lepas tu, dalam grup bincang balik isu tadi.
aku cuba bagi rasional, kenapa menda tu patot jadi inclusion
(nisah ngn bibi buat exclusion)
penerangan aku kat depa dua kali kut.
dua kali. in my own shallow knowledge and explanation.
tp muka depa dua tu tak percaya kat aku pon.
macam taknak terima rasional yang aku buat kenapa ayam supposely jadi inclusion dan sensitif.
memang diorang tak cakap. tapi tengok riak muka dah boleh agak.
maybe i was wrong to said that they didnt approve my explaination.
then we called Dr Maaruf. he explain to us.
in bombastic word and proper explanation.
padahal isi yang Dr cakap tu sama je ngn aku cakap.
but they accept it.
and again i am not significant
kes atas tu aku tak cakap, ok aku mengaku salah aku sebab tak berani bersuara.
bila aku cuba suarakan pendapat aku.. tu lah...
salah aku jugak ke?

aku tak salahkan bibi dengan nisah langsung.
the problem is me. dengan sapa pon yang lebih dominan, aku akan jadi recessive.
dan recessive yang lebih betul dari dominan.
bila duduk dengan grup yang pasif, aku akan jadi dominan.

ni kira luahan hati ke apa nih? huhuhuhu




ultraman versi laptop

ya. ultraman.
atau boleh jugak jadi ultra-lappy.
sebabnya?
beliau berhempas pulas untuk hidup bila aku tekan start button.
lepas tu collapse.
ok aku on balik.
collapse lagi.
berlarutan smpai tiga, empat kali.
kali kelima beliau hidup!
tapi dengan lampu start button yang berkelip-kelip,
macam ultraman pny lampu kt dada dia yg berkelip bila nazak.
ya.laptop aku nazak.
tu je nak cakap sebenarnya.